Monday, 15 June 2015

SUKANEKA PRASEKOLAH

terasa meriah sangat walaupun acara yang diadakan cukup simple. walau bagaimanapun jasa dan sumbangan ibu bapa dalam memeriahkan sambutan sukaneka prasekolah saya cukup berkesan dan memberikan impak yang mendalam.



Macam-macam juga acara yang kami adakan termasuklah meneka jumlah gula-gula dalam balang dan pengunjung bertuah. Gambar di atas ni ialah gambar ibu bapa yang sedang menunggu giliran untuk menulis nama bagi pengunjung bertuah dan meneka gula-gula dalam balang. 

Acara sukaneka bagi kategori ibu bapa yang telah kami rancang ialah marathon bawa anak melepasi 4 halangan. Empat halangan tu ialah makan bun, dimana anak yang akan menyuap ibu bapa. setelah habis makan bun, ibu/bapa akan mendukung anak mereka ke stesen ke dua iaitu meniup tepung mencari gula-gula. seterusnya, stesen ke tiga ialah membaling botol, dan stesen yang terakhir ialah halangan pancing botol. Peserta yang paling awal sampai ke garisan penamat menjadi juara. 


sebelum Memulakan segala acara, Kami mengadakan senamrobik dahulu. Senam robik dipimpin oleh saya sendiri dan juga PPM saya. Sebelum senamrobik, Guru besar memberikan sedikit ucapan serta perasmian.

makan bun sebagai gimik merasmikan sambutan sukaneka

Aktiviti marathon kami adakan dari kawasan kedai runcit di kaki bukit dan terus naik ke atas hingga sampai ke prasekolah saya. Almaklum... prasekolah saya berada di  atas bukit. Jadinya ibu bapa tadi kenalah bermarathon melepasi 4 halangan dengan menaiki bukit kelawat... hehe... kesian mereka tetapi tetap enjoy... 
sebelum memulakan marathon ibu bapa bersama anak ni, guru besar melakukan aksi pembukaan.. hehe,, gimik ja tu.... sebagai pelepas kepada ibu bapa sebelum memulakan pertandingan. 

dan..... pertandingan bermula... Chayo...chayoo...






sebelum mula bun diserahkan kepada anak-anak untuk disuap kan kepada ibu bapa. Guru besar memberikan isyarat MULA
pertandingan bermula... anak-anak menyuap bun kepada ibu bapa

stesen ke2 tiup tepung cari gula-gula. 

stesen ke3 baling botol.

stesen ke4 pancing botol. 
 Seronok sangat.... melihat gelagat mencuit hati ibu bapa dan murid-murid memang seronok hahaha...
Add caption

Add caption



Akhirnya....ini adalah antara 3 orang peserta yang berjaya sampai dahulu. Tahniah!!





No comments: