Tuesday, 5 May 2015

Gotong royong keceriaan Prasekolah



Pada hari khamis yang lalu, yakni 30 april 2015, prasekolah saya telah mengadakan satu gotong royong untuk mencantikkan kawasan prasekolah yang selama ini kekurangan seri kerana belum ada bungga-bunga penyeri.. hasil daripada gotong royong yang dijalankan bersama dengan ibu bapa, kawasan prasekolah saya telah bertukar wajah.. walaupun belum berapa sempurna sepenuhnya, tetapi sangat menarik perhatian kami berbanding sebelum ini. 



Proses mencari bambu oleh para bapa untuk membuat pagar sepanjang jalan simen masuk ke kelas prasekolah.


seronok lihat semangat ibu bapa murid yang sangat membantu dalam usaha menceriakan kelas prasekolah saya. Walau bagaimanapun, gotong royong yang kami  jalankan belum dapat menyelesaikan sepenuhnya kerja-kerja tersebut kerana gotong royong kami hanya berjalan setengah hari sahaja. Gotong royong kedua akan diadakan pada tarikh yang bakal ditentukan kemudian. 

Para ibu pula bertugas menanam pokok bunga dan membuat batas mini kebun. 
Nasib juga kaka tukang kebun ni turut datang membantu. 


Ni lah barisan ibu-ibu yang sangat rajin.. bersama-sama gotong royong mencangkul dan menanam bunga.. kelas kau maria hiihii


ni saya panggil anti solomin.. eh! kalau tak salah nama lah.. saya suka dengan anti ni, sangat rajin dan bertenaga luar biasa walaupun da berumur. memang dia seorang yang biasa berkebun. Dia ialah nenek kepada anak murid saya. 


' si baju hijau.. sedang berjuang... di perbatasan.. menanam pokok bunga' ihihii lagu kah tu.... sendiri mau tu lah ya siapa yang berbaju hijau tu..

proses membuat batas. Penat tau mencangkul... 
batas da siap... minggu depan dah boleh bercucuk tanam...


selepas gotong royong.. semua dah penat.. tiba masa untuk makan... apa boleh buat.. terpaksa duduk makan di luar kelas saja lah. lagi pun ibu bapa semua lagi selesa duduk makan di luar... sambil hirup udara segar mereka bilang...
Gotong royong kami berhenti tepat jam 12.30 tengahari. pagar yang dibuat belum siap sepenuhnya. next gotong royong kami akan cat lagi bagi cantik. Dan saya akan update gambar pagar bambu kami nanti ok... see u soon..

Menarik.. daripada kosong tanpa pokok bunga, kini telah dipenuhi dengan  hiasan bunga-bungaan..

No comments: