Bersyukur dengan program bengkel Inovasi yang telah dianjurkan baru-baru ini dimana seorang guru yang terbaik inovasi untuk daerah Tuaran telah berkongsi mengenai cara menulis cantik yang dapat dipraktikkan kepada pelajar sekolah. En. Hawang dari sekolah Giok, Tuaran hanya memperkenalkan inovasi tulisan cantik beliau iaitu 25sen!!! menarik bukan? mesti anda semua juga tertanya-tanya apa itu teknik 25 sen.
Teknik 25sen digunakan sebagai satu cara dan panduan agar murid-murid dapat mempraktikkan tulisan cantik.
Saya juga telah mempraktikkan teknik ini dan hanya dengan beberapa hari murid-murid prasekolah saya mampu menulis dengan kemas dan cantik.
cara saya mengaplikasi cara tersebut di dalam kelas ialah hanya dengan memperkenalkan mereka dengan bahagian-bahagian pada setiap huruf iaitu kepala, badan dan kaki.
begini lah lebih kurang imej cara kita nak buat untuk tulisan cantik tersebut. |
contohnya huruf b. huruf b terdiri daripada kepala dan badan. so murid akan menulis huruf b hanya di ruangan kepala dan badan sahaja. |
Huruf g pula terdiri daripada bahagian badan dan kaki. oleh itu, murid hanya akan menulis g pada bahagian badan dan kaki sahaja. |
huruf a pula terdiri daripada bahagian badan sahaja. oleh itu murid hanya akan menulis a pada bahagian badan sahaja. |
Saya telah mempraktikan cara penulisan ini dengan syarat murid faham konsep cara tulisan tersebut. murid tahu mana bahagian kepala, bahagian badan dan bahagian kaki.
Pada hari pertama saya praktikkan cara penulisan ini, kebanyakkan murid prasekolah saya belum boleh memahami konsep, kecuali murid yang berumur 6 tahun, mereka lebih senang faham, berbanding murid 5 tahun. tetapi setelah beberapa kali praktis, dengan bimbingan dan perhatian dari guru sendiri, alhamdulilah sangat membuahkan hasil. Murid saya yang berusia 5 tahun yakni murid yang paling muda lahir pada januari 2011(masuk awal ke sekolah) telah boleh menulis dengan kemas dan cantik.
Program ini memang sangat berbaloi dijalankan di sekolah. Tak sampai 2 minggu kanak-kanak prasekolah telah menunjukkan pencapaian yang mengagumkan.
No comments:
Post a Comment