Thursday, 9 April 2015

PROGRAM RAWATAN PERGIGIAN



Setiap tahun Lawatan pergigian ada wajib di setiap sekolah, dan tentu sekali tidak terkecuali Prasekolah Sk Kelawat, Tamparuli.  Tahun ini, iaitu tahun 2015, Lawatan pergigian ini telah membuat lawatan pada bulan march dan murid-murid prasekolah masih baru untuk membiasakan diri dengan pembelajaran dan suasana di prasekolah. Sepanjang Lawatan pergigian, terdapat banyak kisah menarik, suka dan duka yang dilalui oleh kanak-kanak prasekolah saya ni. ada yang menangis, ketawa, suka, tak sabar dan memang ketakutan pun ada....
Jom... jamu  mata dengan gambar-gambar kenangan yang sempat saya rakamkan. 

kelihatan santai ja kan mereka cek gigi murid-murid saya. berbaring atas lantai ja sebab mereka kata murid saya sikit so xperlu la katil.. sebenarnya best juga kalau mereka bawa katil gigi tu, so murid-murid tu pasti rasa suasana seperti di klinik gigi sebenar.. tapi it's ok yang penting murid-murid saya semua diperiksa kesihatan gigi mereka. 

wajah murid-murid saya yang hanya seramai 11 orang je... dalam kegembiraan, ada juga yang ketakutan.


Antara yang cuba memberanikan diri walaupun sebenarnya takut.

Ni pula yang tak dapat kontrol takut. menangis sampai sembunyi di pelosok sudut  mini library saya.  

Yang ni pula memang terlalu takut sampaikan PPM saya jadi tempat berpaut. rasa geli hati juga lihat situasi budak-budak tu semua. 





Selesai cek gigi... semua gembira


No comments: