Sunday, 12 April 2015

Kisah Bermula...




Prasekolah sk kelawat, Tamparuli baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2013. sehingga kini baru mencecah 2 tahun 4 bulan pada 12.04.2015 ini. saya merupakan guru perintis untuk prasekolah ini. Daripada sipitang berpindah ke tuaran... gembira dengan adanya perluasan prasekolah ini kerana memberikan saya peluang dapat berpindah berdekatan dengan kampung halaman sendiri. 
Dengan berpindahnya saya ke Prasekolah baru maka banyak benda yang perlu saya uruskan. syukur sangat sebab ada pembantu yang berkebolehan dan rajin serta guru besar yang berdedikasi dan memahami. Respect sangat dengan guru besar sekolah ini. 

Tahun lalu, prasekolah kami telah dicantikkan dengan lukisan mural yang menghiasi dinding-dinding. walau pun tidak siap sepenuhnya, tetapi tetap bersyukur sebab masih dapat memberikan sedikit keceriaan pada kawasan sekitar. 

Jom jamu mata dengan lukisan mural dinding yang telah dilukis oleh seorang pelukis jemputan yang memang handal, setiap lukisan yang dihasilkan memang menarik. 

lukisan bertemakan pemandangan kampung.
lukisan dalam hutan siap ada pokok bambu lagi. sebenarnya saya ada request pelukis tu agar melukis itik dalam kolam tu tp tak kesampaian...

kawasan air terjun... rancang nak buat jambatan real tepi lukisan tuu. pun belum kesampaian lagi.. akan dibuat juga In Sya Allah satu hari nanti





No comments: